Selasa, 7 September 2010

Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)


Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akbar-akbar tempatan mula menbangkitkan isu tentang penyakit ini. Disini saya ingin menulis serba sedikit maklumat tentang penyakit ini...

Apakah itu Leptospirosis?
Ia adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak daripada haiwan kepada manusia.

Apakah penyebab Leptospirosis?
Ia disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies.
Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia

Ancaman kuman super



Kuman super yang dikatakan kebal terhadap pelbagai jenis antibiotik kini merebak di beberapa buah negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda.

Para saintis dalam jurnal Lancet Infectious Diseases, mengatakan, kuman super yang merupakan enzim dipanggil New Delhi-Metallo-1 (NDM-1) itu mampu merebak ke seluruh dunia kerana belum ada penawar dicipta untuk menanganinya.

Secara amnya, ia ditemui baru-baru ini di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan seperti pembedahan plastik, kanser dan pemindahan organ di Asia.

Ia ditemui oleh sepasukan pakar di Britain, India, Pakistan dan Bangladesh.

Kuman daripada keluarga Enterobacteriaceae itu bercantum dengan bakteria Escherichia coli (E. coli), C. diff dan Salmonella sebelum menyerang saluran pernafasan

Langkah Mengelakkan Kerosakan PC dan Laptop



Dalam artikel kali ini saya ingin menerangkan langkah bagi mengelakkan kerosakkan pada PC atau Laptop. Ini kerana kemungkinan ada antara kita yang secara sengaja atau tidak telah membuat perkara yang boleh merosakkan PC. Sebagai contoh kadangkala jika kita tertekan butang yang salah atau klik butang OK di kotak dialog yang salah kemungkinan besar kita akan menukarkan setting komputer ataupun merosakkan perisian penting dalam komputer.

1. Tidak mengguna pelaras voltan automatik.
Ini merupakan salah satu tindakan yang boleh merosakkan komputer secara fizikal. Ramai yang berfikir bahawa komputer hanya dalam bahaya ketika ribut dan kilat, tetapi hakikatnya apa – apa yang mengganggu litar elektrik boleh menyebabkan peningkatan voltan. Sesuatu semudah membuka suatu peralatan elektrik yang bersambung kepada soket yang sama dengan komputer anda boleh menyebabkan berlakunya peningkatan voltan.

Anda boleh melindungi sistem anda daripada peningkatan voltan. Ini dapat dilakukan dengan memasang pelaras voltan automatik atau automatic voltage regulators (AVR). Untuk memberi perlindungan yang lebih baik, anda boleh dapatkan Uninterruble Power Supply atau UPS yang berkebolehan memberikan bekalan elektrik berterusan untuk beberapa minit sekiranya bekalan elektrik luar terputus dengan tiba – tiba. Masa tambahan ini dapat membantu anda menyimpan segala kerja yang sedang anda lakukan dan menutup komputer dengan selamat. UPS sudah semestinya lebih mahal dari AVR yang tiada fungsi bekalan berterusan ini.


2. Melayari Internet tanpa pelindungan firewall
Ramai pengguna komputer rumah menyambung komputer ke kabel telefon atau modem DSL dan terus melayari Internet, tanpa menyedari bahawa mereka sedang meletakkan komputer mereka dalam risiko diserang virus, spyware atau penggodam (hackers). Setiap komputer yang disambung ke Internet hendaklah dilindungi oleh perisian firewall.

Contoh firewall yang terdapat di pasaran adalah seperti KERIO atau ZONE ALARM, Windows juga mempunyai firewall yang sedia ada iaitu ICF/Windows Firewall. Firewall juga amat berguna kerana jika anda menggunakan laptop firewall akan tetap berada dengan anda jikalau anda membawa laptop anda ke tempat yang menawarkan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Namun demikian, hanya memiliki firewall sahaja tidak mencukupi, ia patut dipasang dan diset dengan betul

Isnin, 6 September 2010

Siswa dinasihat hati-hati guna Facebook, PM mahu SKMM bertindak tegas

Kementerian Pengajian Tinggi menasihatkan mahasiswa supaya berhati-hati menggunakan laman sosial Facebook dan memastikan maklumat yang dikongsi tidak memudaratkan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana laman sosial itu kini boleh dilihat sebagai 'menelanjangkan' cerita peribadi seseorang.

Selain itu, kegilaan menggunakan laman sosial itu untuk berinteraksi di kalangan masyarakat sekarang juga boleh disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk menyamar sebagai individu tertentu, katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam.

PM mahu SKMM bertindak tegas

Jumaat, 3 September 2010

Rasulullah galak umat rebut keistimewaan malam lailatulqadar


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada lailatulqadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran lailatulqadar? Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar." (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah adanya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh terakhir Ramadan itu lebih dikenali dengan lailatulqadar, amat istimewa dan dinantikan setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada pelawat blog ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Rabu, 1 September 2010

Merdeka!Merdeka!


Sudah 53tahun negara kita merdeka. Apakah kita benar-benar faham erti kemerdekaan?
Dengan perjuangan pahlawan negara kita yang sanggup berkorban nyawa untuk kemakmuran dan keamanan generasi akan datang. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia dan berusahalah mengekalkan kemakmuran yang kita nikmati.......Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53tahun...Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!!

XPDC Gunung Arong SMKSA


XPDC Gunung Arong adalah aktiviti kokurikulum SMKSA. Ia berlangsung selama dua hari di Gunung Arong, Mersing. Berbagai aktiviti menarik telah di jalankan sepanjang program. Di harap program seperti ini di teruskan untuk tahun yang akan datang....SMKSA cemerlang!!!

Isnin, 30 Ogos 2010

Sejarah Pembukaan kota Makkah

Pembukaan kota Makkah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat orang Islam, Kaabah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salahmu yang lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehebat pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Fath, ayat 1-3)

Buletin ICT

Related Posts with Thumbnails