Isnin, 29 November 2010

Adolf Hitler tidak pernah memusuhi Islam? - Dari Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Navigasi Garmin Asus A50

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, telefon pintar bukan lagi digunakan untuk berkomunikasi tetapi dijadikan peranti navigasi bagi mencari lokasi atau kedudukan yang diingini pengguna.

Model terbaharu Garmin Asus A50 yang didatangkan dengan teknologi sistem penentu kedudukan global (GPS) Qualcomm GPSOne-Gen7 dapat memberi kemudahan navigasi lebih berkesan kepada pengguna.

Dilengkapi perisian navigasi canggih terbaharu, Garmin 1460, telefon pintar itu dapat memudahkan pencarian pengguna hanya menggunakan telefon pintar mereka.

Ia hanya mengambil masa kira-kira 30 saat untuk menentukan kedudukan yang dikehendaki pengguna.

Bagi memudahkan lagi pengguna, model itu juga menyediakan panduan suara. Ia memberi arahan tunjuk arah jalan dan simpang yang bakal dilalui ketika memandu ataupun ketika menggunakan laluan pejalan kaki.

Peranti pintar itu turut didatangkan bersama pangkalan data peta dan rujukan tempat menarik atau Point of Interest (POI) dengan lebih terperinci agar pengguna mudah memahami sistem navigasi.

Keistimewaan skrin sesentuh 7.7 sentimeter (sm) Garmin Asus A50 yang boleh menukar mod siang dan malam dapat memastikan pengguna selesa menggunakan peranti terbaru itu.

Alat yang bakal menjadi teman setia pengembara itu menggunakan sistem operasi Android 2.1 yang memberi kelebihan kepada pengguna melayari Internet, menghantar e-mel dan berhubung melalui laman sosial dengan mudah serta pantas.

Garmin Asus A50 yang kini sudah berada di pasaran dijual pada harga RM1,099. Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar ini boleh melayari laman web http://my.garminasus.com

Pokok mati akibat WiFi

ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.

- Agensi

Selasa, 23 November 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

SPM Time Table 2010 [edu.joshuatly.com]

Selamat berjuang serikandi SMKSA di dalam peperiksaan SPM 2010

Peperiksaan SPM bermula hari ini. Semoga perwira dan serikandi SMKSA terus berjuang dan memanafaatkan ilmu yang di curahkan oleh guru-guru dan ibu bapa dapat digunakan sebaiknya. Iringan doa sentiasa bersama anda. Insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman...

Jumaat, 19 November 2010

Kembara ICT FS Kulai(SK Bandar Tenggara 2)





Kembara ICT FS Kulai telah diadakan di SK Bandar Tenggara 2 pada 15hb November 2010. Sebanyak 4 Kelas murid darjah 6 telah terlibat dalam program ini. Kerjasama dari murid-murid dan pihak pengurusan sekolah amatmenggalakkan. Majlis penutup telah di adakan dengan kehadiran guru besar SK Bandar Tenggara 2. Di harap kerjasama ini dapat di teruskan bagi memantapkan ilmu ICT di kalangan murid selaras dengan hasrat kementeriaan melahirkan murid dan pelajar yang berkemahiran ICT.

Khamis, 11 November 2010

Kembara ICT FS Kulai(SK Bandar Putra)




Kembara ICT di SK Bandar Putra telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 1&2 Nov 2010. Antara pengisian program adalah pengenalan perisian mengedit gambar Photoscape, MS Power Point, Literasi Komputer serta LDK ICT.
Program ini melibatkan murid-murid tahun 6 Arif dan 6 Bijak SK Bandar Putra.
Terima Kasih dan Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah, guru ICT, juruteknik komputer serta murid-murid SK Bandar Putra yang menjayakan program ini.
Diharap kerjasama ini akan dapat di teruskan ke tahun hadapan.Semoga kejayaan mengiringi murid-murid yang akan melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan..
Related Posts with Thumbnails