Jumaat, 29 Oktober 2010

Kembara ICT FS Kulai(SK Indahpura 2)






Kembara ICT di teruskan lagi ke SK Indahpura 2 pada 27-28 Oktober 2010...
Di sini berbagai bengkel dan kursus di jalankan untuk murid pasca UPSR seramai kira-kira 80 orang. Antara aktiviti yang di jalankan ialah Bengkel Literasi Komputer, LDK ICT, kursus MS Power Point dan Photoscape.
Sambutan dari pihak sekolah dan murid-murid amat menggalakkan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Selamat Maju Jaya SK Indahpur 2....

Kembara ICT FS Kulai(SK LKTP Bukit Besar)











Kembara ICT FS Kulai adalah inisiatif FS Kulai dengan kerjasama PPD Kulaijaya yang bertujuan memberi ilmu ICT kepada murid-murid pasca UPSR di sekolah-sekolah daerah Kulai.
Untuk permulaan program ini memberi penawaran kepada sekolah-sekolah terpilih.
Ini adalah gambar sepanjang program yang di jalankan di SK (LKTP) Bukit Besar, Kulai, Johor yamg telah diadakan pada 22/10/2010....

Jumaat, 22 Oktober 2010

Komputer riba Apple paling nipis


CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit.

- Agensi

Khamis, 21 Oktober 2010

Kembara ICT FS Kulai Fasa 2

Dengan kerjasama dari unit ICT PPD Kulaijaya, FS daerah Kulai telah menganjurkan Program Kembara ICT FS Kulaijaya yang merupakan kesinambungan dari program kembara sebelum ini. Pendekatan yang sama di terapkan iaitu bagi membimbing pelajar dan murid supaya mahir dalam ICT bagi membantu mereka dalam P&P. Setakat ini 6 buah sekolah telah memberikan maklumbalas positif dalam program ini :-

SK LKTP Bukit Besar - 22/10/2010
SK (F) Bukit Batu - 25/10/2010
SK Bandar Putra - 1&2/11/2010
SK Bandar Tenggara 2 - 3/11/2010
SK Indahpura 2 - tarikh belum di maklumkan
SK Polis Kem - tarikh belum di maklumkan

Selasa, 19 Oktober 2010

Bengkel ICT Pasca PMR 2010






Bagi memenuhi hasrat kerajaan membudayakan ICT dalam pembelajaran pihak sekolah dan makmal dengan kerjasama Fasilitator SchooNet Kulai telah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan hasrat ini. Antara program yang dirancang ialah MS Power Point, MS Movie Maker, Photoscape dan Literasi Komputer. Program ini telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 13-15 Oktober 2010. Disamping bengkel diadakan pertandingan bagi pelajar yang membuat Slide presentation dan DST. Diharap program akan diteruskan pada tahun yang akan datang kerana ia dapat memberi pendedahan dan kemahiran kepada para pelajar yang terlibat...

Jumaat, 8 Oktober 2010

Beli buku melalui Internet



Pada peringkat pengenalan zaman komputer dahulu, ia hanya digunakan untuk menyimpan maklumat, namun hari ini seseorang boleh menguruskan segala urusan harian secara maya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Perkembangan pantas dunia ICT membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan masa.

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter dan Youtube menjadikan peranannya bukan sahaja sebagai agen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa disedari.

Lihat sahaja keberkesanan urusan penjualan tiket penerbangan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan secara dalam talian (online). Ia ternyata memberi manfaat kepada kepada perniagaan tersebut dan pengguna.

Tidak terkecuali bagi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UPND). Selaku penerbit dan pengedar buku terulung di negara ini, syarikat itu tidak mahu ketinggalan merebut peluang dalam kaedah pemasaran secara talian sejak ia dimulakan kira-kira tujuh tahun lalu.

Pengarah Esekutif UPND Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar berkata, ia merupakan salah satu strategi syarikat itu dalam memasarkan produk-produk keluarannya terus kepada pengguna.

Menurut Ahmad Hairi, sistem pemasaran sedia ada memerlukan pengguna mengunjungi kedai-kedai buku, pesta buku atau jualan gudang semata-mata mahu mencari atau membeli buku yang diminati.

“Namun melalui sistem talian, pembelian tersebut boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam dan tujuh hari seminggu. Kemudahan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan harian pengguna terutama yang tinggal di luar-luar bandar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, pengguna yang ingin membuat tempahan secara talian boleh mengakses laman web www.mybooks.com.my.

Ketika ini terdapat lebih 2,000 judul buku-buku yang diterbitkan oleh UPND sejak tahun 1976 sehingga kini. Setiap buku mempunyai sinopsis ringkas mengenai tajuk, tarikh penerbitan dan harganya.

“Pengguna boleh membuat pembayaran perbankan secara talian melalui beberapa bank utama, auto debit, wang pos, kad kredit dan kad pintar UPAY yang disediakan khusus untuk pelatih-pelatih Program Khidmat Latihan Negara (PKLN).

“Di samping laman web yang disediakan, pengguna juga boleh membuat pembelian jika mengakses laman web megastore.airasia.com. Pada masa akan datang kami merancang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat penjualan buku terkemuka seperti MPH dalam memasarkan produk keluaran UPND,” jelasnya.

Beliau berkata, pengguna yang membeli secara talian perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai rekod bagi memudahkan transaksi pada masa hadapan.

Menariknya melalui sistem berkenaan, pengguna berpeluang mendapat diskaun sebanyak sepuluh peratus daripada harga biasa di samping pelbagai diskaun menarik pada judul-judul tertentu.

Berdasarkan polisi yang ditetapkan, penghantaran akan dilakukan sebaik sahaja pembayaran diterima dan lazimnya mengambil masa tiga hari waktu bekerja.

“Kami mengutamakan kepuasan pengguna, selain berpeluang mengetahui hebahan aktiviti jualan UPND, mereka juga boleh menghantar komen dan sebagainya,” katanya yang berpuas hati dengan sambutan dan peningkatan jualan melalui sistem berkenaan dari setahun ke setahun.

Dalam waktu terdekat ini, Ahmad Hairi memberitahu, pihaknya juga merancang untuk melaksanakan penjualan buku secara e-Book yang menjadi trend pada masa kini.

“Bagaimanapun ia masih di peringkat kajian. Namun jika dilaksanakan kelak ia akan memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan,” katanya.

- KOSMO!

Isnin, 4 Oktober 2010

Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Ambilan 2011

Salam Sejahtera, Tawaran permohonan kemasukan ke MRSM ( calon PMR dan lepasan UPSR ). Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan nombor PIN di pejabat MARA negeri. Bagi calon calon PMR yang berminat sila bawa bersama salinan kad pengenalan, salinan keputusan percubaan dan no angka giliran bagi mendapatkan no PIN. Bagi lepasan UPSR pemohonan boleh dibuat selepas keputusan peperikasaan UPSR diumumkan. Terima kasih
-PPD Kulaijaya-

Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

Jadual Waktu PMR 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tahun 2011

TARIKH TUTUP : 15 OKTOBER 2010
Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat memasuki Tingkatan 1 di 53 buah SBP seluruh negara pada tahun 2011 dipelawa untuk membuat permohonan tersebut sehingga 15 Oktober 2010.

Aliran : Dua aliran ditawarkan iaitu Sains di 39 buah SBP dan Agama di 14 buah SBP.

Mata Pelajaran :

Sains : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral dan Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Agama : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab dan Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Permohonan :

1. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian.
2. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan tersebut sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah dan salinan kedua dihantar kepada Pengetua SBP yang dipilih.

SENARAI SBP
boleh dilihat di dalam link ini:
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/senarai_sbp.cfm

PERMOHONAN
dalam talian boleh di buat di laman web ini:
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/login.cfm
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/

sumber:PPD Kulaijaya
Related Posts with Thumbnails