
Dalam artikel kali ini saya ingin menerangkan langkah bagi mengelakkan kerosakkan pada PC atau Laptop. Ini kerana kemungkinan ada antara kita yang secara sengaja atau tidak telah membuat perkara yang boleh merosakkan PC. Sebagai contoh kadangkala jika kita tertekan butang yang salah atau klik butang OK di kotak dialog yang salah kemungkinan besar kita akan menukarkan setting komputer ataupun merosakkan perisian penting dalam komputer.
1. Tidak mengguna pelaras voltan automatik.
Ini merupakan salah satu tindakan yang boleh merosakkan komputer secara fizikal. Ramai yang berfikir bahawa komputer hanya dalam bahaya ketika ribut dan kilat, tetapi hakikatnya apa – apa yang mengganggu litar elektrik boleh menyebabkan peningkatan voltan. Sesuatu semudah membuka suatu peralatan elektrik yang bersambung kepada soket yang sama dengan komputer anda boleh menyebabkan berlakunya peningkatan voltan.
Anda boleh melindungi sistem anda daripada peningkatan voltan. Ini dapat dilakukan dengan memasang pelaras voltan automatik atau automatic voltage regulators (AVR). Untuk memberi perlindungan yang lebih baik, anda boleh dapatkan Uninterruble Power Supply atau UPS yang berkebolehan memberikan bekalan elektrik berterusan untuk beberapa minit sekiranya bekalan elektrik luar terputus dengan tiba – tiba. Masa tambahan ini dapat membantu anda menyimpan segala kerja yang sedang anda lakukan dan menutup komputer dengan selamat. UPS sudah semestinya lebih mahal dari AVR yang tiada fungsi bekalan berterusan ini.
2. Melayari Internet tanpa pelindungan firewall
Ramai pengguna komputer rumah menyambung komputer ke kabel telefon atau modem DSL dan terus melayari Internet, tanpa menyedari bahawa mereka sedang meletakkan komputer mereka dalam risiko diserang virus, spyware atau penggodam (hackers). Setiap komputer yang disambung ke Internet hendaklah dilindungi oleh perisian firewall.
Contoh firewall yang terdapat di pasaran adalah seperti KERIO atau ZONE ALARM, Windows juga mempunyai firewall yang sedia ada iaitu ICF/Windows Firewall. Firewall juga amat berguna kerana jika anda menggunakan laptop firewall akan tetap berada dengan anda jikalau anda membawa laptop anda ke tempat yang menawarkan perkhidmatan Internet tanpa wayar (wireless). Namun demikian, hanya memiliki firewall sahaja tidak mencukupi, ia patut dipasang dan diset dengan betul













.jpg)
.jpg)











