Jumaat, 8 Oktober 2010

Beli buku melalui Internet



Pada peringkat pengenalan zaman komputer dahulu, ia hanya digunakan untuk menyimpan maklumat, namun hari ini seseorang boleh menguruskan segala urusan harian secara maya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Perkembangan pantas dunia ICT membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan masa.

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter dan Youtube menjadikan peranannya bukan sahaja sebagai agen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa disedari.

Lihat sahaja keberkesanan urusan penjualan tiket penerbangan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan secara dalam talian (online). Ia ternyata memberi manfaat kepada kepada perniagaan tersebut dan pengguna.

Tidak terkecuali bagi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UPND). Selaku penerbit dan pengedar buku terulung di negara ini, syarikat itu tidak mahu ketinggalan merebut peluang dalam kaedah pemasaran secara talian sejak ia dimulakan kira-kira tujuh tahun lalu.

Pengarah Esekutif UPND Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar berkata, ia merupakan salah satu strategi syarikat itu dalam memasarkan produk-produk keluarannya terus kepada pengguna.

Menurut Ahmad Hairi, sistem pemasaran sedia ada memerlukan pengguna mengunjungi kedai-kedai buku, pesta buku atau jualan gudang semata-mata mahu mencari atau membeli buku yang diminati.

“Namun melalui sistem talian, pembelian tersebut boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam dan tujuh hari seminggu. Kemudahan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan harian pengguna terutama yang tinggal di luar-luar bandar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, pengguna yang ingin membuat tempahan secara talian boleh mengakses laman web www.mybooks.com.my.

Ketika ini terdapat lebih 2,000 judul buku-buku yang diterbitkan oleh UPND sejak tahun 1976 sehingga kini. Setiap buku mempunyai sinopsis ringkas mengenai tajuk, tarikh penerbitan dan harganya.

“Pengguna boleh membuat pembayaran perbankan secara talian melalui beberapa bank utama, auto debit, wang pos, kad kredit dan kad pintar UPAY yang disediakan khusus untuk pelatih-pelatih Program Khidmat Latihan Negara (PKLN).

“Di samping laman web yang disediakan, pengguna juga boleh membuat pembelian jika mengakses laman web megastore.airasia.com. Pada masa akan datang kami merancang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat penjualan buku terkemuka seperti MPH dalam memasarkan produk keluaran UPND,” jelasnya.

Beliau berkata, pengguna yang membeli secara talian perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai rekod bagi memudahkan transaksi pada masa hadapan.

Menariknya melalui sistem berkenaan, pengguna berpeluang mendapat diskaun sebanyak sepuluh peratus daripada harga biasa di samping pelbagai diskaun menarik pada judul-judul tertentu.

Berdasarkan polisi yang ditetapkan, penghantaran akan dilakukan sebaik sahaja pembayaran diterima dan lazimnya mengambil masa tiga hari waktu bekerja.

“Kami mengutamakan kepuasan pengguna, selain berpeluang mengetahui hebahan aktiviti jualan UPND, mereka juga boleh menghantar komen dan sebagainya,” katanya yang berpuas hati dengan sambutan dan peningkatan jualan melalui sistem berkenaan dari setahun ke setahun.

Dalam waktu terdekat ini, Ahmad Hairi memberitahu, pihaknya juga merancang untuk melaksanakan penjualan buku secara e-Book yang menjadi trend pada masa kini.

“Bagaimanapun ia masih di peringkat kajian. Namun jika dilaksanakan kelak ia akan memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan,” katanya.

- KOSMO!

Isnin, 4 Oktober 2010

Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Ambilan 2011

Salam Sejahtera, Tawaran permohonan kemasukan ke MRSM ( calon PMR dan lepasan UPSR ). Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan nombor PIN di pejabat MARA negeri. Bagi calon calon PMR yang berminat sila bawa bersama salinan kad pengenalan, salinan keputusan percubaan dan no angka giliran bagi mendapatkan no PIN. Bagi lepasan UPSR pemohonan boleh dibuat selepas keputusan peperikasaan UPSR diumumkan. Terima kasih
-PPD Kulaijaya-

Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

Jadual Waktu PMR 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tahun 2011

TARIKH TUTUP : 15 OKTOBER 2010
Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat memasuki Tingkatan 1 di 53 buah SBP seluruh negara pada tahun 2011 dipelawa untuk membuat permohonan tersebut sehingga 15 Oktober 2010.

Aliran : Dua aliran ditawarkan iaitu Sains di 39 buah SBP dan Agama di 14 buah SBP.

Mata Pelajaran :

Sains : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral dan Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Agama : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab dan Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Permohonan :

1. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian.
2. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan tersebut sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah dan salinan kedua dihantar kepada Pengetua SBP yang dipilih.

SENARAI SBP
boleh dilihat di dalam link ini:
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/senarai_sbp.cfm

PERMOHONAN
dalam talian boleh di buat di laman web ini:
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/login.cfm
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/

sumber:PPD Kulaijaya

Isnin, 27 September 2010

Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi calon SPM2010

Salam Sejahtera , Makluman kepada semua Sekolah Menengah dan calon SPM 2010, tarikh tutup permohonan ke Program Matrikulasi ambilan 2011/2012 adalah pada 10 Oktober 2010. Sukacita diingatkan bagi calon calon SPM yang layak dan berminat dapat melayari www.moe.gov.my/bmkpm bagi membuat permohonan secara atas talian. Sekian terima kasih.

Khamis, 23 September 2010

Tips membeli laptop

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.

Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.

Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.

Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:

eBook bukan sekadar ringankan beg


Selepas bertahun-tahun isu beg sekolah berat menjadi perdebatan hangat dengan pelbagai resolusi dicadangkan belum ada penamatnya, apa yang telah dirintis oleh kerajaan Terengganu sejak tiga tahun lalu mungkin adalah jawapan terbaik.
Kerajaan Terengganu menyediakan komputer riba buku elektronik (eBook) percuma kepada pelajar sekolah rendah bagi menggantikan buku teks menjadikan mereka sebagai kumpulan eksperimental paling muda menggunakan teknologi terkini pembelajaran di sekolah.
Tanpa perlu membawa beg berat mahupun merugikan penggunaan kertas, pengenalan eBook seharusnya diakui sebagai satu inovasi dan lembaran baru dalam pendidikan negara. Sehingga kini dengan sistem pembelajaran yang dilihat semakin lancar, pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Terengganu menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi itu

Rabu, 22 September 2010

ETP belanja RM1.4 trilion

PROGRAM Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal menyediakan 131 projek permulaan dan 60 peluang perniagaan, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan serta pembaharuan ekonomi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, projek permulaan dan peluang perniagaan itu merentasi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) membabitkan sektor Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektrikal dan Elektronik; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan, Kesihatan, Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian serta Greater Kuala Lumpur

Selasa, 7 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran SMK Sultan Alauddin


Pada 3hb September 2010 pihak pengurusan sekolah telah menjalan majlis khatam al-quran. Majlis ini adalah sebagai penutup bagi program pengisian bulan ramadan yang mulia ini. Antara program lain yang dijalankan ialah kuiz keagamaan dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Majlis khatam al-quran ini di sertai guru-guru, staf sokongan dan juga semua pelajar. Di harap usaha murni pihak sekolah ini dapat diteruskan dengan jayanya bagi melahirkan anak-anak bangsa yang menghargai Islam..



Related Posts with Thumbnails