Selasa, 7 September 2010

Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)


Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akbar-akbar tempatan mula menbangkitkan isu tentang penyakit ini. Disini saya ingin menulis serba sedikit maklumat tentang penyakit ini...

Apakah itu Leptospirosis?
Ia adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak daripada haiwan kepada manusia.

Apakah penyebab Leptospirosis?
Ia disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies.
Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia

Apakah haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bakteria ini. Haiwan yang telah dijangkiti bakteria ini boleh merembeskan bakteria melalui air kencingnya sacar berperingkat ataupun berterusan selama berbulan-bulan. Malahan, haiwan yang telah di vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung ataupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki salur darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.
Pekerja rumah sembelihan oleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah. Manusia juga boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini.

Apakah tanda-tanda dan simptom Leptospirosis?
Petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah. Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom diatas mula reda. Penglihatan pesakit menjadi sedikit kabur dan berterusan beberapa hari dan mungkin berminggu-minggu.

Apakah langkah pencegahan penyakit ini?
  • Tutup luka dan lecetan pada kulit dengan balutan kalis air sebalum memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan bakteria ini.
  • Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but ketika berada di kawasan yang berpotensi jangkitan bakteria ini.
  • Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja diladang atau kebun.
  • Pastikan anda tidak merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di ladang/kebun yang mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.
  • Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.
  • Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan bagi mengelak kehadiran tikus.
  • Sebelum minum atau membuka makanan dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
  • Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Lestospira.

-Harian Metro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails