- Jangan install lebih dari 1 OS (Operating System contohnya Windows XP atau Windows 7) dalam satu sistem komputer atau laptop.
- Jangan letakkan bilangan user yang terlalu ramai dalam sesuatu sistem,paling banyak pun 2, terbaik biar hanya 1 user saja
- Jangan install perisian yang anda tidak pasti sumbernya kerana kemungkinan perisian itu adalah virus.
- Berhati-hati apabila update driver motherboard dan processor (kerana kebiasanya motherboard dan processor tidak perlu di update)
- Sentiasa update perisian antivirus anda
- Jangan install atau cuba run perisian yang melebihi kebolehan sistem anda (biasanya game memerlukan spesifikasi yang tinggi)
- Elakkan install perisian terlalu banyak dalam drive anda (biasanya drive C)
- Elakkan juga menyimpan fail dalam drive tersebut, simpan dalam drive C atau partition lain seperti drive D, F.
- Berhati-hati ketika membuat partition baru kerana data dalam partition yang anda delete akan hilang sama sekali
- Jangan overclock sistem anda walaupun anda cukup hebat dalam bidang tersebut, banyak komplikasinya, dan jangka hayat sistem anda akan berkurang
- Jangan memaksa sistem anda bekerja untuk beberapa perisian serentak,contohnya membuka 7 ke 8 perisian serentak.
- Elakkan install terlalu banyak perisian yang anda tidak perlukan kerana ia akan menyebabkan bebanan
- Scan virus sekurangnya sekali seminggu, defragment,check registry,buang fail tak penting sekurangnya sekali setiap 2 minggu
- Elakkan menggunakan "regedit" dan "services.msc" jika anda kurang mahir mengenainya.
- Jangan usik BIOS jika anda tidak mahir mengenainya!!!
- Membuka casing untuk penyejukan memang bagus, tapi pastikan anda prihatin dengan kebersihan sistem anda
- Penggunaan sistem penghad kuasa digalakkan, seperti PowerBuster
- Jangan install perisian perlindungan komputer hebat yang menggunakan password kalau anda seorang yang pelupa.
- Andai anda ingin membawa pc anda untuk perjalanan jauh, seperti naik bas, tanggalkan beberapa komponen dan bawa dalam beg berasingan seperti hard disk, graphic card, untuk mengelakkan berlaku kerosakkan kepada komponen ini apabila pc anda mengalami hantukan atau terjatuh.
- Elakkan menginstall perisian mencurigakan kerana mungkin akan menyebabkan masalah pada sistem anda.
- Restart/Reset komputer ketika masalah muncul kadang-kadang membantu apabila komputer hang
- Jangan membiarkan komputer anda terbuka 24jam sehari. Ia kan membawa kesan jangka panjang yang teruk,seperti motherboard atau processor overheating
Makmal Komputer Tun Sri Lanang, SMK Sultan Alauddin, Kulaijaya, Johor
Rabu, 25 Ogos 2010
Tips-Tips Penjagaan Komputer
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan